Tuesday, December 8, 2009

Cerita Dari Tok Cha


#22

Tuesday 8th of December 2009, 2:48 pm, GMT +8
Tok Cha

2 hari lepas saya ke Kuala Terengganu kerana ada sedikit urusan di sana. Sampaipun dah malam. Selepas singgah di rumah anak Tuan Haji Mohd Noor (bekas Pensyarah MPPPKT) saya buat kejutan kepada Mr. Abd Rahman (Man Pelong).

Saya sengaja minta dia carikan saya guest house supaya dapat bertemu dengan dia. Rupanya Guest House tu depan rumah Man Pelong. Sembang giler dia selepas puluh tahun tak jumpa.

Dia dah banyak ubah putih di kepala. Mungkin baru balik mengecat rumah...

Pagi esoknye dia ajak saya breakfast rumah dia. Memang best nasi dagang yang dihidangkan. Nak tambah...terasa segan pulak. Malu tapi mau....

Man Pelong tetap seperti dulu.... ceria, cakap laju dan suka menolong.....

Terima kasih kepada Man Pelong & Isteri.... Akhirnya Man Pelong dapat juga menikmati kehebatan Blackstud Cappuccino yang sedang hangat di Kuala Terengganu.... Malam tu hujan lebat pulak... pastinya lebih hangat dari biasa....

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa untuk komen.....