Monday, December 28, 2009

Jejak Kasih - Persahabatan Dieratkan

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada rakan2 M3P yang telah sudi melayan kami sekeluarga semasa di Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Selepas perjumpaan di Kuala Terengganu pada 18, 19 dan 20hb, kami sekeluarga bergerak pula ke Kota Bharu. Sampai di Kota Bharu kami disambut oleh Hj Nazeli (88/90), membantu kami mencari tempat penginapan. Kebanyakan hotel penuh belaka. Akhirnya dapat jugalah menginap di sebuah hotel di bandar KB, berhadapan dengan sungai Kelantan.
Malamnya, pertemuan dengan beberapa rakan telah dirancang. Antara yang hadir ialah Achik n Sidek, Hj Nazeli, Rawi n Jee, Azhan dan Roslan n Juriah. Seronok sungguh dapat bertemu pada malam tersebut. Pertemuan malam tu, berakhir lebih kurang jam 12.30 mlm.
Pagi esoknya, pagi2 dah merayau mencari nasi kerabu. Mujur la jumpa. Dalam perjalanan pulang, singgah di Kok Lanas, ingatkan nak mencari kawan kita Roslan yang ada kedai kek dan kedai kasut, malangnya beliau tidak ada di kedai. Hanya sempat bercakap dengan beliau dalam telefon.
Kami dibekalkan dengan roti yang begitu banyak oleh pekerjanya. Sedap-sedap belaka rotinya.
Kemudian, di Taiping, Azahari Talib pula singgah di rumah. Dia dalam perjalanan pulang dari Penang.
26hb bertolak balik ke KL. Dalam perjalanan, dapat panggilan dari Fashil (88/90). Beliau dengan Azie baru tiba di Taiping berjumpa dengan Mohd Desa (juragan). Apakan daya masa tuh kami dah tiba di Tapah. Baru tahu yang Mohd Desa dan isterinya, orang kampong kawe jugak.
Percutian kali ini memang bermakna.........

 

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa untuk komen.....