Saturday, October 24, 2009

Suasana Di Depan Pintu Masjidil Haram

Beginilah suasana selepas sembahyang di Masjidilharam. Waktu ni masih tak ramai jemaah di Mekah. Jemaah Malaysia yang tiba masih berada di Madinah.

Sunday, October 18, 2009

Friday, October 16, 2009

Mekah Masih Lengang

Suasana Hariraya masih terasa di sini. Rabu lepas, pihak Konsulat Malaysia Jeddah telah mengadakan jamuan hariraya di perkarangan Konsulat Malaysia Jeddah. Hampir 200 orang yang hadir, maklumlah kebanyakan mereka tidak pulang ke tanahair untuk berhariraya.
Manakala kedatangan musim haji pula hampir tiba. 20hb Oct ini penerbangan pertama membawa jemaah haji akan berangkat ke tanah suci. Dan pada 26 Oct, sahabat kita Nazeli dan isteri akan berangkat ketanah suci bagi mengerjakan haji. Selamat datang kepada Nazeli dan isteri. Semoga mendapat Haji yang mabrur. Mungkin juga ada dikalangan sahabat-sahabat M3P yang lain akan turut mengerjakan haji pada tahun ini.
Kepada Nazeli dan isteri, insyallah kita akan bertemu di tanah suci. Buat masa ini, keadaan di Mekah masih lagi lengang. Di bawah ini, gambar jalan diMekah. Apabila musim haji, jalan ini adalah yang paling sibuk sekali.
Inilah akibatnya kalau letak kereta merata-rata. Tak mainlah saman-saman. Tarik terus jer.... kena SR50.....