Saturday, June 27, 2009

Tharid

Ini gambar Chicken Tharid

Dibawah ini adalah comment yang diberikan oleh Yahaya 91-93. Untuk tidak menghampakan beliau, dan juga untuk pengetahuan kita bersama, saya telah usahakan untuk mencarinya.

"Salam silaturrahim bang Man. Kalau tak menyusahkan mintak tunjukkan gambor THARID(sejenis makanan Arab) yg nabi ada sebut dalam hadisnya, TQ...Yahaya9193"

Berikut adalah hadis yang berkenaan;

.Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, reported:
Allah's Messenger (may peace be upon him) said: The excellence of 'A'ishah over women is like the excellence of Tharid over all other foods. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 4778

Setelah bertanya kepada orang-orang yang arif, maka mereka memberitahu bahawa Tharid adalah sejenis makanan berbentuk sup/berkuah. (beef and bread) Saya belum lagi berjumpa makanan ini dijual dimana2 kedai lagi. Insyaallah nak cari jugak.

Walaubagaimanapun saya ada berjumpa dengan article mengenainya di internet, gambar dan resepi. Diharap ini dapat membantu.


Tharid Lamb & Chickpea Stew

The Prophet Muhammad liked tharid so much that he compared it to his beloved wife Aisha. This recipe is adapted from a 13th century Andalusian cookbook.


3 cups chickpeas
3 lbs. lamb, cut into bite-sized cubes
8 cups water
6 cups finely chopped onion
2 tsp. ground coriander
1/2 cup finely chopped fresh coriander
2 tsp. caraway seeds
2 tsp. pepper

6 eggs
1 tbsp. salt
1/2 tsp. saffron in 2 tbsp. water
1/2 cup honey
Enough stale bread for 2 cups of crumbs
6 rounds pita bread, quartered

Put the chickpeas into a large bowl, cover them with cold water and let soak overnight. The next day, drain the chickpeas and set them aside.

Put the lamb into a large stew pot and cover it with cold water. Bring to a boil and skim off the foam that rises to the top. Add the chickpeas, onion, ground and fresh coriander, caraway seeds and pepper; return to a boil, then reduce the heat. Break the eggs directly into the pot so that they will poach along with the stew. Let the stew cook for an hour to an hour and a half, until the chickpeas are done and the lamb is tender. Add salt and saffron, then remove 1/2 cup of broth from the pot, mix it together with the honey, and pour it back into the pot. Return to a boil and boil vigorously for 3 minutes.

Put the pita wedges in the bottom of the serving bowl and pour the tharid over them; or serve the pita wedges alongside the tharid and so that guests may put a few in the bottom of an individual soup bowl, then spoon the stew over the bread.

Wednesday, June 24, 2009

Gahwa Sudan

Kopi atau gahwa dlm bahasa Arab amat popular dikalangan orang-orang tempatan. Berbagai jenis gahwa boleh didapati disini antaranya gahwa turki, morocco, yemen dan macam2 lagi.
Selain dari rasa dan penyediaan yang berbeza-beza, cara menghidangnya juga agak unik. Lihat gambar.......
Ini adalah gahwa sudan. Dihidang dalam bekas yang unik. Kalau kat Malaysia ada teh halia, kat sini ada gahwa halia.(gahwa janjibar). Bagus untuk buang angin....hahaha

Friday, June 19, 2009

Gambar Pompuang



Sama gaya tapi lain keturunan. Sorang keturunan Arab Lubenon sorang lagi Luolangtaiping.
Hahahah gurau jer.....

Thursday, June 18, 2009

Aktiviti Ko-Ko
















Begini lah aktiviti kami geng-geng Malaysia di Jeddah. Sekarang nih dah ramai geng-geng kalau dibandingkan 3-4 tahun dulu. Sekarang kalau dihitung dah ada lebih kurang 200-300 keluarga kat sini. Yang datang bujang macam ambo nih adalah 100-200 lagi. Total rakyat Malaysia sekarang rasanya dah mencapai 1 ribu kut. (ini termasuk anak isteri)Meriah.

Wednesday, June 17, 2009

Khas Untuk Fairoes 88/90


Hari ni ada permintaan dari Adik Fairoes kita, nak suroh post gambar pompuan Arab. Mana pulak la kawe nak cari.... Nanti tak pasal-pasal jer kena tangkap masuk jail, sebab amik gambar bini orang. Mintak jauh la.
Tapi untuk tidak mengecewakan Fairoes, kawe amik gambar Pak Arab. Hidung mancung gak. Sori ler takde pompuan Arab.
Sorry ye teacher..next time kalau jumpa ana "pukul gamba" pompuang arab..........

Tuesday, June 16, 2009

Kaki Pancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis. Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.
hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya........

Sunday, June 14, 2009

Selamat Kembali Bertugas


Pejam celik, pejam celik dah habis 2 minggu cuti sekolah. Kepada rakan-rakan diucapkan selamat bertugas agar menjadi pendidik bangsa. Jasa kalian akan dikenang hingga akhir hayat.

Thursday, June 11, 2009

Makan Malam pulok....

Cerita makan tak habis lagi. Cikgu Yahaya kita tanya pasal makan malam pulok... Memang pung nak cerita cuma belum sempat, dah kena tanya.... Hehehe.
Ni baru balik makan malam. Hari ni makan kedai Pakistan. Sebab takut tambah berat badan (kononnya la..) hari ni makan roti naan. Kat sini roti nih macam takde harga. Makan la banyak mana pun, tak bertambah harga makanan. Kalau dah lama tak pekena kari, kena la pi makan kat kedai Pakistan atau India.
Roti nih dimakan dengan kari ayam atau daging (semestinya kambing). Tengok gambar nih.....

Ini namanya "ayam masala", paling hampir dengan kari ayam kita. Pakai rempah juga tapi tak pakai santan, ganti dengan yogurt. Gulai ini dimasak dalam kuali kecil dan terus je dihidang kat atas meja. Kat atas tu "half chicken" untuk seorang.



Ini adalah roti nan yang diberi bersama-sama gulai. Kalau makan nasi pun roti nih tetap juga diberi. Macam makan sate, kuah free. Macam tuh lah juga disini, gulainya jer kena bayar. Tapi kalau mintak nasi, kena bayar. Cuma roti jer free.

Semua hidangan akan diberi 2 benda kat atas nih. Yang putih itu adalah yogurt yang dicampur dengan sedikit pudina. Yang lagi satu tuh dipanggil salad iaitu campuran timun,kobis dan bawang besar.
Nanti kita cerita pula makanan yang paling digemari oleh Pak Arab......

Monday, June 8, 2009

Lunch

Haha..... semalam saya dah cerita pasal sarapan. Hari nih nak cerita pasal makan tengahari pulok. (asyik cite makan jer... kat blog 8890 pulok asyik cite nak diet jer... ) Nevermind, let us talk about it. Diet lain kali jer......
Kat sini makanan ruji masyarakat ialah nasi dan roti. Ada macam-macam jenis roti dan nasi disini. (tak nak cite pasal roti) Ada nasi "mandi", "madroub", "madbee", "kuzee", "saleb", "kabsah" dan bermacam-macam lagi. Namun demikian semua ini bukan "origin"nya dari Saudi. Ia datang dari pelbagai negara-negara sekitar negara-negara arab.
Kebanyakan nasi-nasinya adalah berminyak. (macam nasi minyak kita) Ada juga nasi putih tapi hanya terdapat dikedai-kedai India/Pakistan dan Indon. Makanan arab kebanyakannya tidak berkuah. Tapi sedap-sedap belaka....



Ni ialah gambar "madbee". Nasi minyak bersama ayam yang dipanggang (pakai arang). This is my favourite. Oh ya... gambar tuh untuk satu orang makan. Itu "portion" orang arab. Kalau orang asia boleh makan berdua. Dan yang lebih menarik, kat sini kena makan bersila. meja dan kerusi tidak disediakan. Tengok gambar bawah....


Kalau nak lebih sedap, makan kena dengan minum pepsi... memang best. Makan pulok dalam talam ramai-ramai.



Sunday, June 7, 2009

Sarapan

Kat sini kalau bab sarapan nih susah sikit. Takde roti canai, teh tarik atau nasi lemak. Yang ada cuma roti naan makan dengan "Foll" (kacang kuda yang dibuat macam kuah dall), atau "maksoob" roti naan yang dikisar dengan pisang + madu + cheese. Jadi macam makanan bayi. Dah jadi macam nestum la pulak. Itu jer lah pilihan yang ada selain dari mee segera. Kat sini mee segera yang paling popular ialah Indomie. Ada kilang kat sini.
Tapi pagi ni, dah tak tau nak sarapan apa, so gi lambat sikit. Walau dah pukul 11.00 pagi kat sini masih sarapan lagi. So pergi lah kat satu restoran yang agak terkenal kat Jeddah ni. Orang panggil "Mango King" kat Bagdadiyah. Kalau dari rumah saya nak ke situ dalam 45 min gak la. Kalau kat sini kira dekat la tu, sebab sini minyak murah sesangat. (45 sen seliter)
Apa yang special sangat tuh? Hah, kat sini dia punya jus buah dengan shawarma dia yang best. Memang kat restoran ni, jual tu jer. Ada shawarma ayam dan daging. Jus pulak ada macam-macam. Jus buah manga, guava, pisang, strawberi, apple dan oren. Paling best jus manga dia. Tak tau nak cakap macamana, tapi memang best la. Kena test dulu baru tau.


Ini adalah mangga sebenar. Dibuat hiasan sambil menunggu buah-buah tu masak. Mangga-manga ini diimpot dari Afrika.

Kat hujung kedai tu ialah "Shawarma". (kat M'sia org panggil kebab). Shawarma ayam dan daging dia best. Cuba lihat besar mana ayam dengan dagingnya. (sebesar pemeluk orang dewasa) Waktu pagi begini biasanya sunyi sikit, tapi paling meriah sekali malam la.
So, hari ni saya bersarapan shawarma ayam dengan jus buah campur(cocktail). Bertambah la berat jawabnya.

Saturday, June 6, 2009

Surah Penawar

Email ini saya terima tadi dari seorang teman (bukan MPPP). Untuk kebaikan bersama, saya paparkan email ini untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain.



Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Wallahua'llam.

Thursday, June 4, 2009

Nostalgia



Gambar-gambar ini dikirim oleh Abd Rahman a.k.a Man Pelong
Terima kasih Mang kerana menghantar gambar-gambar ini. Syahdu melihat gambar-gambar ini.

Wednesday, June 3, 2009

Khabar Di Angin Lalu......

Khabarnya......
Omar Hamsa sekarang mengajar di Kuala Selangor?
Salleh Hassan dan isteri mengajar di Kedah?
Man Black mengajar di SK Selancar?

Khabar benar/sahih......
Wan Shuhaimi dan Faridah berada di Pontian Johor. - 013-7342955
Suaree mengajar di SK Jeram, Kuala Selangor. - 013 2673565
Zaili Besar dah jadi YB Pancing
Hashim menunaikan Haji tahun lepas 1430H
Ku Jamil Ku Seman menunaikan Haji tahun 2005.
Wahid dah jadi tauke balak kat Kelate
Subhi kat Sg Isap, Kuantan Pahang. - 019-9611908
Mohd Basir dan Maznah dah balik Sg Bayor, Selama
Sharifuddin Usulludin mengajar di SK Ayer Putih, Taiping.
Norsham Sulaiman masih di Felcra Seberang Perak, Kampong Gajah.-019-5767076

So...... mana yang lain?
Kirimkan lah khabar berita.......

Tuesday, June 2, 2009

Ganu Oh Ganu.... I Miss U

Teringat waktu kita dimaktab dulu waktu petang petang kalau takde Gerko, merayap la jawabnya. Assignment boleh tunggu dulu. Last minit baru kelam kabut. Hahahaha.
Destinasi paling popular ialah Batu Buruk. Dengan deruan angin dari pantai, dapat makan krepok lekor, ikang celup tepong, laksa, ishh ishh terlior dibuatnya apabila mengingati kenangan itu. 
Teringat jugak Pasar Gharib destinasi pelatih wanita membeli makanan. Maklum la makanan hostel mana sedap. 
Tapi yang paling manis ialah apabila mengenangkan pada waktu itu elaun hanya 365 (kalau tak silap), pun boleh menampung kehidupan pada waktu itu. Sekarang, belanja anak anak pun dah lebih dari itu. 
Ganu oh Ganu.... I Miss U...