Thursday, June 11, 2009

Makan Malam pulok....

Cerita makan tak habis lagi. Cikgu Yahaya kita tanya pasal makan malam pulok... Memang pung nak cerita cuma belum sempat, dah kena tanya.... Hehehe.
Ni baru balik makan malam. Hari ni makan kedai Pakistan. Sebab takut tambah berat badan (kononnya la..) hari ni makan roti naan. Kat sini roti nih macam takde harga. Makan la banyak mana pun, tak bertambah harga makanan. Kalau dah lama tak pekena kari, kena la pi makan kat kedai Pakistan atau India.
Roti nih dimakan dengan kari ayam atau daging (semestinya kambing). Tengok gambar nih.....

Ini namanya "ayam masala", paling hampir dengan kari ayam kita. Pakai rempah juga tapi tak pakai santan, ganti dengan yogurt. Gulai ini dimasak dalam kuali kecil dan terus je dihidang kat atas meja. Kat atas tu "half chicken" untuk seorang.



Ini adalah roti nan yang diberi bersama-sama gulai. Kalau makan nasi pun roti nih tetap juga diberi. Macam makan sate, kuah free. Macam tuh lah juga disini, gulainya jer kena bayar. Tapi kalau mintak nasi, kena bayar. Cuma roti jer free.

Semua hidangan akan diberi 2 benda kat atas nih. Yang putih itu adalah yogurt yang dicampur dengan sedikit pudina. Yang lagi satu tuh dipanggil salad iaitu campuran timun,kobis dan bawang besar.
Nanti kita cerita pula makanan yang paling digemari oleh Pak Arab......

1 comment:

  1. Syukran ya Syeikh Azman sbb melayan permintaang adik Yahaya. Ana memang belum pernah gi ke SA sbb tu cerita2 ttg SA mmg amat menarik hati.Abang Man cerita dan ceritalah lg ttg ape2 aje ttg SA. Jgn lupe abg Man doakanlah supaya ana dan my wife cepat2 dpt rezeki beribadat di tanah suci sama ada umrah dulu ataupun haji dulu,TQ...Yahaya alsohok9193

    ReplyDelete

Jangan lupa untuk komen.....