Monday, June 8, 2009

Lunch

Haha..... semalam saya dah cerita pasal sarapan. Hari nih nak cerita pasal makan tengahari pulok. (asyik cite makan jer... kat blog 8890 pulok asyik cite nak diet jer... ) Nevermind, let us talk about it. Diet lain kali jer......
Kat sini makanan ruji masyarakat ialah nasi dan roti. Ada macam-macam jenis roti dan nasi disini. (tak nak cite pasal roti) Ada nasi "mandi", "madroub", "madbee", "kuzee", "saleb", "kabsah" dan bermacam-macam lagi. Namun demikian semua ini bukan "origin"nya dari Saudi. Ia datang dari pelbagai negara-negara sekitar negara-negara arab.
Kebanyakan nasi-nasinya adalah berminyak. (macam nasi minyak kita) Ada juga nasi putih tapi hanya terdapat dikedai-kedai India/Pakistan dan Indon. Makanan arab kebanyakannya tidak berkuah. Tapi sedap-sedap belaka....



Ni ialah gambar "madbee". Nasi minyak bersama ayam yang dipanggang (pakai arang). This is my favourite. Oh ya... gambar tuh untuk satu orang makan. Itu "portion" orang arab. Kalau orang asia boleh makan berdua. Dan yang lebih menarik, kat sini kena makan bersila. meja dan kerusi tidak disediakan. Tengok gambar bawah....


Kalau nak lebih sedap, makan kena dengan minum pepsi... memang best. Makan pulok dalam talam ramai-ramai.



1 comment:

  1. Sarapan dan makang tengah hari tuan dah cerita. Ceritalah pulok ttg makang malam di Saudi Arabia,TQ...Yahaya alsohok9193

    ReplyDelete

Jangan lupa untuk komen.....