Email ini baru saya terima dari seorg teman. Sesuatu yang baik untuk dibaca. "Yang baik jadikan panduan dan yang buruk jadikan sempadan."
Assalamualaikum. ..
> kasih sayang yg tak berpenghujung. .. ..
>
>
> Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
> Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
> anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
>
> Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia
> meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan
> panjang sedepa di tangan ayah.
>
> "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
>
> Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
> kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
>
> "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat
> tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
>
> Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
> sambil berkata, "Saya yang ambil!"
>
> Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
> hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah
> kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik
> tak tumpah.
>
> Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
>
> "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
> kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
>
> Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
> berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.
> Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
>
> Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang
> takut berkata benar.
>
> Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
> berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
>
> Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
>
> Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
> bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah
> berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
> pra-universiti.
>
> Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
> ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang
> dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
>
> "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
>
> "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
>
> Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
> "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
>
> Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
> wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
>
> Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu
> aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
>
> "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
> kamu, ayah akan lakukan!"
>
> "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
> keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu
> minyak pada pipinya yang bengkak.
>
> "Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."
>
> Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa
> bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat
> dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .
>
> "Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
> dan akan kirim wang buat akak."
>
> Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
> kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
>
> Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda
> kampung tunggu kau kat luar!"
>
> "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
>
> Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan
> pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang
> kampung, sebutlah adik yang datang!"
>
> Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang
> akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
>
> Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup
> tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
> bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
>
> Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa
> orang lain kata."
>
> Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia
> mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis
> pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
>
> Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
> dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
>
> Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku
> lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
>
> "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
>
> "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
>
> Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
>
> "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
>
> "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
> serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
>
> Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
> keras."
>
> Apalagi...aku menangis seperti selalu.
>
> Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
> menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
>
> "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
>
> "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
> ada."
>
> "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
>
> "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
> kesedihannya.
>
> Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
> tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara
> majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
>
> Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
> menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..
>
> "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
> sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai
> kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia
> berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah
> sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "
>
> "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja
> demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
> bila-bila."
>
> Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
> sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
>
>
>
> Ya Allah Ya Tuhanku....aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...
>
> ************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ****
>
>
>
> Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang
> mukmin, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari
> Kiamat. Barangsiapa meringankan orang yang sedang kesulitan, maka
> Allah akan meringankannya dari (kesulitan) dunia dan akhirat.
> Barangsiapa yang menutupi (kejelekan) seorang muslim, niscaya Allah
> akan menutupi (kejelekannya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan
> menolong hamba selama dia mau menolong saudaranya." (HR. Muslim.)
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa untuk komen.....