Wednesday, December 30, 2009

Kedai Kasut dan Kek Ummi – Kok Lanas




Kalau ke Kok Lanas jangan lupa untuk singgah di Kedai Kek Ummi. Kedai ini adalah kepunyaan isteri sahabat kita Roslan. Best...mesti singgah!!!!!!


Nih la tuan nya...

Tuesday, December 29, 2009

More photos


More pictures from re-union

Jumpa geng...



Mereka bertiga nih.. daripada minggu orientasi lagi dah duduk bertiga gini, bila reunion pun duduk bertiga jugak.



Jamuan masakan Abg Ngah depan maktab.


Apa cite tuh? Serius nyer......



Maktab dah jadi Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu


Meleleh airmata bila bertemu....syahdu


Kampong sape nih????


Destinasi baru membeli keropok lekor. Keropok Lekor Bukit Tok Beng. Beratur panjang macam nak beli tiket bola.


Makan,makan..... Ada bihun, keropok lekor, dan macam2. Terima kasih kepada yang sponsor...

From Tok Cha

#24

Sunday 27th of December 2009, 9:06 pm, GMT +8
Tok Cha
Salam buat semua...

Cha baru baru balik dari Kota Bharu hari ini. Mem rumah ajak pegi shopping di KB Mall.

Lalu Cha pun tifonlah kekawan kita. Si Rawi sibuk berurusan tak dapat cha jumpa. Yang jumpa hanyalah Haji Nazeli (Junior kite). Lama juga dok bersembang-sembang dengan Haji Nazeli yang baru balik dari Mekah.

Yang Cha nak citer di sini ialah pasal Roslan Jumat. Haji Nazeli bagi no, jadi cha pun col dia. Buat style macam DJ. Apa lagi Jumat macam gelabah aje bila Cha suruh tuju lagu kepada sesapa saja. Tak terkata Jumat lalu offkan handset. Kah...kah...kah....

Lepas tu Cha kol lagi sejam kemudian. Nasib baik dia angkat. Akhirnya tahulah dia siapa yang jadi DJ tadi... setelah cha woyat cha nih the only tok cha dalam Malaysia yang buleh masuk sembahyang di Masjid. Cha yang beragama Islam. Gelak sakanlah rakan kita ini....

Jadi kalau ada mana-mana sahabat nak kol Roslan Jumat yang suatu ketika dulu adalah seorang pemain bola sepak yang terhebat bulehlah ambik no nih : 019-9630060.

Dia siap pesan pada cha.. kalu cha tulis di blog ni woyat etek no phone dia...

Kalau sesapa yang masih blur lagi dok bayangkan mana satu Roslan Jumat ni. Cha nak bagi clue sikit. Jejaka inilah yang antaranya bertuah berjaya beristerikan junior kita Cgu Juriah.... org kelate.

Salam untuk semua.... salam MP3...







Monday, December 28, 2009

Jejak Kasih - Persahabatan Dieratkan

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada rakan2 M3P yang telah sudi melayan kami sekeluarga semasa di Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Selepas perjumpaan di Kuala Terengganu pada 18, 19 dan 20hb, kami sekeluarga bergerak pula ke Kota Bharu. Sampai di Kota Bharu kami disambut oleh Hj Nazeli (88/90), membantu kami mencari tempat penginapan. Kebanyakan hotel penuh belaka. Akhirnya dapat jugalah menginap di sebuah hotel di bandar KB, berhadapan dengan sungai Kelantan.
Malamnya, pertemuan dengan beberapa rakan telah dirancang. Antara yang hadir ialah Achik n Sidek, Hj Nazeli, Rawi n Jee, Azhan dan Roslan n Juriah. Seronok sungguh dapat bertemu pada malam tersebut. Pertemuan malam tu, berakhir lebih kurang jam 12.30 mlm.
Pagi esoknya, pagi2 dah merayau mencari nasi kerabu. Mujur la jumpa. Dalam perjalanan pulang, singgah di Kok Lanas, ingatkan nak mencari kawan kita Roslan yang ada kedai kek dan kedai kasut, malangnya beliau tidak ada di kedai. Hanya sempat bercakap dengan beliau dalam telefon.
Kami dibekalkan dengan roti yang begitu banyak oleh pekerjanya. Sedap-sedap belaka rotinya.
Kemudian, di Taiping, Azahari Talib pula singgah di rumah. Dia dalam perjalanan pulang dari Penang.
26hb bertolak balik ke KL. Dalam perjalanan, dapat panggilan dari Fashil (88/90). Beliau dengan Azie baru tiba di Taiping berjumpa dengan Mohd Desa (juragan). Apakan daya masa tuh kami dah tiba di Tapah. Baru tahu yang Mohd Desa dan isterinya, orang kampong kawe jugak.
Percutian kali ini memang bermakna.........

 

Monday, December 21, 2009

Sekitar Re-Union 19hb Dec 2009





Geng Puang Belaka.....


Semua Yang Hadir



Pasangan M3P Yang Menjadi.......huhuhu




Bersama En Ahmad Awang...mantan pensyarah M3P

Saturday, December 19, 2009

Reunion Day - EX-MPPP

Tiba sudah hari yang dinanti-nanti. 19hb Dec 2009 maka akan berkumpullah mantan-mantan M3P di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu ( Dewan M3P yang lama). Tapi semalam, 18hb Dec 2009, Kuala Terengganu dah gege dan kecoh sebab pre-reunion dah dibuat. Dah ramai yang berkumpul di Kuala Terengganu. Hotel2 di Kuala Terengganu semua dah full house. Ada yang terpaksa menginap di Marang. Anyway meriah, meriah sungguh. Malam tadi kat Tropix Bistro, Batu Buruk kecoh, sampai pukul 12.30 mlm, bersembang sakan, maklumlah selepas 20 tahun, baru bertemu semula di Kuala Terenganu.

Masih kah kau ingat dan kenal?????

Wednesday, December 16, 2009

Ella is Here

#23 Wednesday 16th of December 2009, 1:34 am, GMT +8
nor azila hamzah

assalamulaikum.

hai kawan-kawan, ingat saya lagi? tentu ingat2 lupakan. saya, ella, (PI A87/89). saya dah went through all the messages. alamak1 tak de sorang pun pompuan. semua lelaki tapi it's okaylah. sebenarnya saya nak sangat contact kawan2 lama terutama yang sama unit ngan saya. hasniza, kak ida, kak yati, suraiah, zakir hassan, hanafi pilus, elanggova dan lain-lain. yang tak sama unit pun masih di hati terutama mereka yang ..... walau macam mana pun sesiapa yang sudi contactlah saya di alamat e-mel saya ni. sekarang saya mengajar di sk. bakri batu 2, muar. sesiapa yang datang muar tu singgahlah di teratak kami. love u all. terima kasih man atas usaha menghasilkan blog ini

Tuesday, December 8, 2009

Cerita Dari Tok Cha


#22

Tuesday 8th of December 2009, 2:48 pm, GMT +8
Tok Cha

2 hari lepas saya ke Kuala Terengganu kerana ada sedikit urusan di sana. Sampaipun dah malam. Selepas singgah di rumah anak Tuan Haji Mohd Noor (bekas Pensyarah MPPPKT) saya buat kejutan kepada Mr. Abd Rahman (Man Pelong).

Saya sengaja minta dia carikan saya guest house supaya dapat bertemu dengan dia. Rupanya Guest House tu depan rumah Man Pelong. Sembang giler dia selepas puluh tahun tak jumpa.

Dia dah banyak ubah putih di kepala. Mungkin baru balik mengecat rumah...

Pagi esoknye dia ajak saya breakfast rumah dia. Memang best nasi dagang yang dihidangkan. Nak tambah...terasa segan pulak. Malu tapi mau....

Man Pelong tetap seperti dulu.... ceria, cakap laju dan suka menolong.....

Terima kasih kepada Man Pelong & Isteri.... Akhirnya Man Pelong dapat juga menikmati kehebatan Blackstud Cappuccino yang sedang hangat di Kuala Terengganu.... Malam tu hujan lebat pulak... pastinya lebih hangat dari biasa....

Friday, December 4, 2009

Zulkifle Mohd Sidek

#21 Wednesday 2nd of December 2009, 10:06 pm, GMT +8 zulkifle mohd sidek

kawan2 mp3 87/89 hubungi saya no. 0133099092. Datang kuala lumpur kontek le. saya ngajo di kl sejak keluar mp3. member serumah fadhil benta, basir sg.bayor, wak jumadi johor, mustapa melaka, ke manakah engkau. ayi omar aje yang selulu jumpa. kawan lain spt. majid kedah, budiman, faizal pbsm,nik mahadi kelantan, ku jamil, yb zaili besar,wan khairul kedah,zul johor,amin,hamid,sulaiman,mazlan ujang,ramli kedah,bakar kelantan,zaihan kedah,izani kelantan,razak p.pinang zul kelantan,siti hajar kedah,norhayati kelantan,latifah terengganu semoga berbahagia bersama keluarga. tq kepada Man yang wujudkan blog ini.

Wednesday, December 2, 2009