Friday, October 15, 2010

Jejak Nostalgia


SEMOGA DAPAT BERTEMU KEMBALI RAKAN-RAKAN SEKALIAN.
MARI LAH KITA MERIAHKAN PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG INI.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU



BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK SAMADA MASIH BERTUGAS ATAU YANG TELAH MENINGGALKAN PROFESYEN PERGURUAN.

"SEKALI BERGELAR CIKGU, SELAMANYA DIPANGGIL CIKGU"

Tuesday, April 20, 2010

Kawan Lama

Petang semalam berkesempatan untuk chatz dalam FB ngan sorang member lama kita. Kami bersama semasa praktikum di SK Gong Kapas. Itu cerita lama. Sekarang cerita baru. Beliau sekarang mengajar di Beaufort, Sabah. Dah berkahwin dengan orang sana juga. Menjadi saudara baru pada tahun 1993. Alhamdullilah. Beliau berasal dari Besut sekarang menetap di Beaufort. Bunyi nyer dah dekat nak sama, cuma satu di Terengganu dan satu lagi di Sabah.
Pada mula, terkejut gak sebab dia memperkenalkan diri, "saya Lee, sama ngan Prawing". Tapi kat FB nama Lee Ridhwan. Rasa2 tak pernah dengar nama tuh. Anyway bila tengok gambar, baru lah kenal. Masih tak ubah, macam dulu2 gak. Cuma bila umur dah bertambah, nampak lebih matang sikit.
So nih gambar terbaru beliau. (Lee aku amik dari FB mu, boleh ye bah!!!)

Boleh hubungi beliau di H/P 019 862 7656 / 0168032803




Tuesday, March 23, 2010

Botak Port 69

#27 Tuesday 23rd of March 2010, 9:58 am, GMT +8

MOHD HANAFI PILUS(BOTAK PORT69)
Salam kepada semua kawan...syukur dapat berjumpa semua walaupun di alam cyber...harap dapat berjumpa didunia realiti...take care 0197401968

Monday, March 22, 2010

Update....


Suasana tawaf selepas sembahyang dzohor.

Pemandangan Masjiddillharam dari tingkat 19 Hotel Al-Safwah.

Pemandangan siang Masjiddillharam dari tingkat 18 Hotel Al-Safwah

Thursday, March 11, 2010

Kenangan Lama - Wan Sabri Wan Abdullah

Gambar-gambar ini dikirim oleh Wan Sabri. Nostalgia MPPP






Wan Sabri b Wan Abdullah
Pasir Puteh Kelantan
019 9119 424

Tuesday, March 9, 2010

Mohd Ngasri Hamdani - Uteh

assalamualaikum wbt,


pagi ni ada rezeki jumpa blog mppp8789, ingat lagi ke UTEH ( Mohd Ngasri hamdani ), calon SUAK MPPP 88, tahniah saudara azman sebab bina blog utk cari kekawan lama. tengok foto re union, ramai dah tak kenal, wajah berubah....tapi kalau jumpa ingat kot. boleh hubungi 019-2454715 atau blog familynj.blogspot.com.

tak sangka dah 20 tahun kita tinggalkan M3P. mudah-mudahan bila aku tersesat boleh call ahli yg masih list.

kalau datang sabak bernam, call,




Selamat Bertemu kembali.

Wednesday, February 10, 2010

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Artikel ini dipetik dari satu email yang dikirimkan oleh Saudara Mohd Raziff. Sama-sama lah kita hayati dan amalkan...


26 Safar 1431H
Email : mohd.raziff
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S..A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Pahala membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

…Wallahu a'lam

Thanks &

Regards,

Mohd Raziff
New Business Support (Endorsement)

Tuesday, January 26, 2010

" Ore kenal ko dok? "

Salam,

Masih ingatkah abang-abang dan kakak-kakak senior akan wajah ini? Sekarang beliau menetap di Pekan Jelawat, Bachok dan menjadi Guru Sumber di SM Dato' Perdana, Bachok. Jika ingin mengetahui berita dan cerita terkini beliau bolehlah hubungi 0139327292. Satu soalan dari beliau, " Ore kenal ko dok? "...

Achik,
M3P 88/90



"Bakpo dok kenal nyo... " Tengok senyum tau doh....

Saturday, January 23, 2010

Ini baru hasil pancingan .....

saja nak eksen.... aku tak pandai gak memancing, tapi inilah hasil yang terkini aku dapat sewaktu memancing di Rhu Hentian Island, tak jauh dari pantai Bukit Keluang, Besut. Kerapu maa.... hampir 5kg kalu x silap. x smpat nak timbang sebab.... jadi lauk mlm tu... pehhhhh kerapu fresh kena bakar...... isinya lazattttt tak terkata.

Nanti kalau ada geng-geng kita yang kaki pancing, boleh kita buat grup ke sini.....



Tok Cha ngan hasil pancingan.....

Thursday, January 21, 2010

Aktiviti Baru Keluarga

Pengalaman pertama kali memancing.....


sorang jer yang pasangkan umpan...





dapat ikan...seronok tak terkata



excited lebih walau ikan besar dua jari



nak tunjuk skil ....



mengembalikan skil masa kanak-kanak....



pot mancing bila balik kampong....

Hasil???? lupa nak tangkap gambo... dpt 29 ekor puyu, patong, belida, talapia ....

Wednesday, January 20, 2010

Mohd Nazri Omar

Assalamualaikum,


Saya harap masih ada kawan seunit yang masih kenal akan diri ini... maklumlah dah lama tak dengar berita, duduk jauh dan masing-masing membawa haluan sendiri.
Pada kawan2...teruskanlah berhubung dengan kemudahan yang ada pada hari ini. Lalu di Raub, singgahlah di rumah kami di Taman Raub Jaya 5...no. 87, Jalan 5. Ok