Sunday, May 31, 2009

Pernah Lihat?


Selalu kita mendengar perkataan "kibash". Tetapi pernahkah kita melihatnya? Ok, ini ada gambar untuk tatapan bersama.
Lihat gambar dalam bulatan tu (klik pada gambar). Lihat perbezaannya dengan kambing biasa. Bezanya dapat dilihat dibahagian kepala dan tengkuknya.
Gambar ini diambil di pasar kambing di Mekah. Kalau sesiapa nak membeli kambing bolehlah datang ke pasar ini dan membeli kambing hidup.
Orang yang pakai baju merah tu pula adalah tukang sembelihnya.
Kalau setakat seekor kambing ni, dia sembelih sorang jer. 

Saturday, May 30, 2009

Khabar Dari Saudi Arabia

Walaupun wabak H1N1 melanda, walaupun negara dilaporkan mengalami penguncupan ekonomi, namun masih ramai orang datang mengerjakan umrah. Mengikut perangkaan Arab Saudi, 10,000 orang mendarat setiap hari di bumi Allah ini untuk mengerjakan umrah. Sempena cuti sekolah ini, ramai kalangan guru yang mengambil peluang mengerjakan umrah. Bagi yang belum berkesempatan datang, insyallah masanya akan tiba. 
Disini saya paparkan sedikit pemandangan yang dapat dilihat di Mekah ketika ini. Mekah sekarang sedang pesat menjalani pembangunan bagi menampung jemaah samada mengerjakan umrah mahupun haji yang kian bertambah saban tahun. Oleh yang demikian, kelihatan bangunan-bangunan diruntuhkan dan bukit-bukit diratakan bagi menambah kapasiti masjidilharam. 

Ini adalah pemandangan dari Masjidilharam. Dahulu kawasan
 ini dipenuhi dengan bangunan-bangunan hotel dan kediaman. Kini bukit ini akan diratakan bagi meluaskan laman dan bangunan masjid.

Pemandangan masjidilharam dari atas bukit tadi. Kawasan ini akan dibesarkan bagi menampung jumlah jemaah.

Setakat itu saja kali ini. Nanti ada kesempatan saya paparkan lagi gambar gambar sekitar Mekah dan Jeddah.


Saturday, May 23, 2009

Cuti Sekolah

Cuti sekolah hampir menjelang tiba. Apa rancangan cikgu-cikgu semua? Apabila musim cuti sekolah bermula, maka bermacam program lah dirancang. Ada yang nak pergi bercuti bersama keluarga, kenduri kahwin, mengerjakan umrah dan sebagainya. 

Mungkin juga ada yang dipanggil berkursus dalam cuti ini. Semoga cuti ini dipenuhi dengan aktiviti aktiviti yang menarik.

Kalau ada yang mengerjakan umrah hubungi saya di 0556990279.(Jeddah)

Tuesday, May 19, 2009

Blog MPPP semakin rancak

Nampak nya "junior" kita semakin rancak mewarnai dunia blog masakini. Hari ini saya berjumpa satu lagi blog yang dikendalikan oleh junior kita, Ujang Sessi 89/90. 
Dan juga saya ada terjumpa satu blog 'badge" kita yang dibuat oleh Azila. Ada tak yang masih ingat "Ella"? Kalau nak tengok gambar dia layari "www.mpp8789.blogspot.com". Agaknya masa pilih nama blog aritu dia terlupa satu"p" lagi. Kepada Ella, pls contact me.

Kesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua rakan-rakan terutama sesi 87/89 untuk menghantar alamat, no telefon dan kalau ada gambar-gambar, berita terkini kepada saya supaya saya boleh "upload" ke blog ini. 

Saturday, May 16, 2009

16 Mei 2009


Selamat Hari Guru

Mengimbau Kenangan

Beberapa hari lalu saya mendapat khabar blog mppp8890 telah diusahakan oleh Mang S. Lalu saya terus melayari web. Begitu tekun saya membaca setiap nukilan dari "junior" saya. Saya ucapkan tahniah kepada Mang S, Sabri dan beberapa blogger lain. Keep up the good effort. 
Kerana itu saya rasa terpanggil untuk memanjangkan lagi tali silaturrahim antara bekas-bekas MPPP terutama Sesi 87/89. Walaupun saya masih lagi berhubungan dengan rakan-rakan MPPP terutama Sesi 87/89 dan Sesi 88/90 namun tidak ramai yang dapat dijejaki. Ada yang masih boleh dihubungi dan ada yang telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Diharap, dengan adanya blog ini kita dapat berhubungan semula dan mengeratkan silaturahim antara kita.
Sebagai salam pertemuan, biarlah saya mulakan mengenai saya dan keluarga.
Saya kini menetap di Putra Height (putra height terletak di tepi Lebuhraya Elite - sebelum KLIA kalau dari Utara dan selepas KLIA kalau dari Selatan). Dari Lebuhraya Elite ada exit ke Putra Height. Telah berkahwin dengan "junior" Sesi 87/89, Munaliza Nawawi pelatih PIS B. Telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. (Takde rezeki - sepatutnya dah 6). Anak sulong (lelaki) dah 17 tahun, no 2 (perempuan) - 14 thn dan no 3 (lelaki) 10 tahun. 
Mula posting hujung tahun 1989 ke Sek Keb Seri Cempaka, Changkat Lada di Bandar Seberang Perak. Masa tu, jalan tanah merah. Ada 3 orang lagi dari MPPP posting sekolah yang sama. Norsham (syam rangka), Sharifuddin Usulludin dan Basir Mahmud. 
Tahun 1995 saya berpindah ke Teluk Intan dan mengajar di Sek Keb Sultan Abd Aziz.
Tahun 1997 bulan Julai adalah bulan terakhir saya mengajar. Saya meletakkan jawatan dan berpindah ke Kuala Lumpur untuk berkerja dengan syarikat swasta. 
Saya memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2000 hingga kini. 

Kini selepas hampir 20 tahun, saya harap kita dapat bertemu kembali dan berkumpul seperti kita berkumpul semasa minggu orientasi didewan maktab dulu. Atau berkhemah seperti mengambil manik kayu 3 atau 4. Menjadi pelatih adalah kenangan paling manis. 

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Namun jangan lah perpisahan itu satu perpisahan kekal.