Kerana itu saya rasa terpanggil untuk memanjangkan lagi tali silaturrahim antara bekas-bekas MPPP terutama Sesi 87/89. Walaupun saya masih lagi berhubungan dengan rakan-rakan MPPP terutama Sesi 87/89 dan Sesi 88/90 namun tidak ramai yang dapat dijejaki. Ada yang masih boleh dihubungi dan ada yang telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Diharap, dengan adanya blog ini kita dapat berhubungan semula dan mengeratkan silaturahim antara kita.
Sebagai salam pertemuan, biarlah saya mulakan mengenai saya dan keluarga.
Saya kini menetap di Putra Height (putra height terletak di tepi Lebuhraya Elite - sebelum KLIA kalau dari Utara dan selepas KLIA kalau dari Selatan). Dari Lebuhraya Elite ada exit ke Putra Height. Telah berkahwin dengan "junior" Sesi 87/89, Munaliza Nawawi pelatih PIS B. Telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. (Takde rezeki - sepatutnya dah 6). Anak sulong (lelaki) dah 17 tahun, no 2 (perempuan) - 14 thn dan no 3 (lelaki) 10 tahun.
Mula posting hujung tahun 1989 ke Sek Keb Seri Cempaka, Changkat Lada di Bandar Seberang Perak. Masa tu, jalan tanah merah. Ada 3 orang lagi dari MPPP posting sekolah yang sama. Norsham (syam rangka), Sharifuddin Usulludin dan Basir Mahmud.
Tahun 1995 saya berpindah ke Teluk Intan dan mengajar di Sek Keb Sultan Abd Aziz.
Tahun 1997 bulan Julai adalah bulan terakhir saya mengajar. Saya meletakkan jawatan dan berpindah ke Kuala Lumpur untuk berkerja dengan syarikat swasta.
Saya memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2000 hingga kini.
Kini selepas hampir 20 tahun, saya harap kita dapat bertemu kembali dan berkumpul seperti kita berkumpul semasa minggu orientasi didewan maktab dulu. Atau berkhemah seperti mengambil manik kayu 3 atau 4. Menjadi pelatih adalah kenangan paling manis.
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Namun jangan lah perpisahan itu satu perpisahan kekal.
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa untuk komen.....