Monday, December 21, 2009

Sekitar Re-Union 19hb Dec 2009





Geng Puang Belaka.....


Semua Yang Hadir



Pasangan M3P Yang Menjadi.......huhuhu




Bersama En Ahmad Awang...mantan pensyarah M3P

Saturday, December 19, 2009

Reunion Day - EX-MPPP

Tiba sudah hari yang dinanti-nanti. 19hb Dec 2009 maka akan berkumpullah mantan-mantan M3P di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu ( Dewan M3P yang lama). Tapi semalam, 18hb Dec 2009, Kuala Terengganu dah gege dan kecoh sebab pre-reunion dah dibuat. Dah ramai yang berkumpul di Kuala Terengganu. Hotel2 di Kuala Terengganu semua dah full house. Ada yang terpaksa menginap di Marang. Anyway meriah, meriah sungguh. Malam tadi kat Tropix Bistro, Batu Buruk kecoh, sampai pukul 12.30 mlm, bersembang sakan, maklumlah selepas 20 tahun, baru bertemu semula di Kuala Terenganu.

Masih kah kau ingat dan kenal?????

Wednesday, December 16, 2009

Ella is Here

#23 Wednesday 16th of December 2009, 1:34 am, GMT +8
nor azila hamzah

assalamulaikum.

hai kawan-kawan, ingat saya lagi? tentu ingat2 lupakan. saya, ella, (PI A87/89). saya dah went through all the messages. alamak1 tak de sorang pun pompuan. semua lelaki tapi it's okaylah. sebenarnya saya nak sangat contact kawan2 lama terutama yang sama unit ngan saya. hasniza, kak ida, kak yati, suraiah, zakir hassan, hanafi pilus, elanggova dan lain-lain. yang tak sama unit pun masih di hati terutama mereka yang ..... walau macam mana pun sesiapa yang sudi contactlah saya di alamat e-mel saya ni. sekarang saya mengajar di sk. bakri batu 2, muar. sesiapa yang datang muar tu singgahlah di teratak kami. love u all. terima kasih man atas usaha menghasilkan blog ini

Tuesday, December 8, 2009

Cerita Dari Tok Cha


#22

Tuesday 8th of December 2009, 2:48 pm, GMT +8
Tok Cha

2 hari lepas saya ke Kuala Terengganu kerana ada sedikit urusan di sana. Sampaipun dah malam. Selepas singgah di rumah anak Tuan Haji Mohd Noor (bekas Pensyarah MPPPKT) saya buat kejutan kepada Mr. Abd Rahman (Man Pelong).

Saya sengaja minta dia carikan saya guest house supaya dapat bertemu dengan dia. Rupanya Guest House tu depan rumah Man Pelong. Sembang giler dia selepas puluh tahun tak jumpa.

Dia dah banyak ubah putih di kepala. Mungkin baru balik mengecat rumah...

Pagi esoknye dia ajak saya breakfast rumah dia. Memang best nasi dagang yang dihidangkan. Nak tambah...terasa segan pulak. Malu tapi mau....

Man Pelong tetap seperti dulu.... ceria, cakap laju dan suka menolong.....

Terima kasih kepada Man Pelong & Isteri.... Akhirnya Man Pelong dapat juga menikmati kehebatan Blackstud Cappuccino yang sedang hangat di Kuala Terengganu.... Malam tu hujan lebat pulak... pastinya lebih hangat dari biasa....

Friday, December 4, 2009

Zulkifle Mohd Sidek

#21 Wednesday 2nd of December 2009, 10:06 pm, GMT +8 zulkifle mohd sidek

kawan2 mp3 87/89 hubungi saya no. 0133099092. Datang kuala lumpur kontek le. saya ngajo di kl sejak keluar mp3. member serumah fadhil benta, basir sg.bayor, wak jumadi johor, mustapa melaka, ke manakah engkau. ayi omar aje yang selulu jumpa. kawan lain spt. majid kedah, budiman, faizal pbsm,nik mahadi kelantan, ku jamil, yb zaili besar,wan khairul kedah,zul johor,amin,hamid,sulaiman,mazlan ujang,ramli kedah,bakar kelantan,zaihan kedah,izani kelantan,razak p.pinang zul kelantan,siti hajar kedah,norhayati kelantan,latifah terengganu semoga berbahagia bersama keluarga. tq kepada Man yang wujudkan blog ini.

Wednesday, December 2, 2009

Thursday, November 26, 2009

Nazri Omar mencari Zaini Omar


#18 Wednesday 25th of November 2009, 1:30 pm, GMT +8 Mohd. Nazri Omar

assalamualaikum, saya seperti nama dan alamat di atas ingin berhubung dengan member2 lama 87/89. Dari PMSA...rindu pada kengkawan lama...terutama tengok dlm gambar tadi, majid siam, ku jamil ku seman.. dan yang lain-lain lagi. Ingin juga rujuk kembali dengan sahabat saya Zaini Omar, dari pekan asun. lama tak dengar berita. No. saya HP : 0133446826... rindu anda semua...

Saturday, November 21, 2009

Lagi Cerita Tok Cha


#16 Saturday 21st of November 2009, 3:05 pm, GMT +8 Tok Cha nak cerita....

Malam tadi sewaktu aku tengah ralik surfing internet, tetiba dapat call. No yang tidak dikenali. Tapi tak pa, aku tetap jawab macam biasa. Manalah tahu jika my clients yang col. Laa terkejut kejap, sebab tak sangka, panggilan itu dari kawan lama; Man Pelong. Macam mimpi... sekian lama aku dok cari tetiba terdengar suara di corong tefon. Syukran... dia mengajar di SK Tok Jembal, Kuala TRG. Sek dekat airport K.Trg. Katanya dia dapat no tifon aku setelah access dari blog ini.... Cerita punya cerita dia berikan aku no tfon seorang lagi mamat serumah yang sekian lama aku cari.... RAWI Wakaf Stan.Apa lagi lepas sembang dengan Man Pelong aku terus called Rawi. Dia pun sama gak dengan aku. Terkejut beruk bila aku perkenalkan diri. Kalau ada dekat mau dipeluknya masing-masing. Tak sangka kan? tiba-tiba bertaut kembali....Wah si Rawi ni dah jadi taiko besar tau. Ada link bizness di Indonesia, Hong kong, Vietnam. Dia buat properties. Pehh...hebat..Esok dia terbang ke Hong Kong... balik tu baru nak cari aku di Besut. Aku pun sekarang sibuk juga... sibuk tadah air hujan dalam besen... musim hujan ni malas pulak nak keluar. Peluang berehat...

#17 Saturday 21st of November 2009, 3:14 pm, GMT +8 Tok Cha nak cerita....

tak sangka ramai juga kekawan yang masih sudi dok concern pasal aku... cuma aku amik peluang di sini untuk perbetulkan sikit berita yang ko orang dengar pasal aku.Sebenarnya aku tak pernah ada chalet atau buat bizness homestay atau seumpamanya di Besut ini. Langsung tak pernah.... Ramai yang kata aku ada chalet... itu yang selalu aku kena tanya bila jumpa geng lama.ONLY BLACKSTUD CAPPUCCINO sahaja....

Wednesday, November 18, 2009

Shopping Mall Di Jeddah

Biasa kita dengar pasal Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Namun di Jeddah, shopping mall sedang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ada yang telah beroperasi dan masih banyak yang dalam permbinaan.

Ini adalah salah satu mall/souq yang telah beroperasi. Red Sea Mall terletak di kawasan elite di utara Jeddah. Lebih kurang besar Mid Valley Mall.

Saturday, November 14, 2009

Merisik Khabar Che Alias (Tok Cha)

#14 Thursday 12th of November 2009, 3:27 pm, GMT +8 Che Alias TOK CHA


Wah... ko sakan beruban man.. aku dah lama dengar ko skarang jadi tokeh. tapi tak tau camna nak contact hinggalah aku diberitau pasal blog ni.
Awal-awal dulu ada gak aku jumpa Budin Pasir Mas, Dapat col Zu Sin Mato belalang, Jumpa Mahadi di umah dia di wakaf baru... terkini jumpa Jazlan kat airport KBharu. Yg selalu jumpa nasir yaakob sebab dia ngajor anak aku di SMKTM. Yang lain2 tu langsung tak dapat brite... Rawi, zu polis, saipul, dan kekawan satu batch... Camana ya rupe masing-masing setelah 20 tahun berlalu.... nak sangat jumpa... eloklah buat reunion MPPP tu...

Terlupa aku.... sesapa rindu nak tengok aku bolehlah ke site ini : http://chealias.blogspot.com
atau
tel; 012-5269693

Sunday, November 8, 2009

Ahmad Nizam Abdul Hamid


#13 Sunday 8th of November 2009, 3:09 am, GMT +8 Ahmad Nizam Bin Abdul Hamid


Assalamualaikum buat semua warga MPPPKT 87\89.
Terutama unit B, Nik,Burn,Ajak,Zihan,Zul Sidek,Majid,,,,,,skrg;
SK Sultan Hisamuddin Alam Shah KL
012 3623790

Abd Kharim Idris Merisik Khabar


#12 Thursday 5th of November 2009, 2:25 pm, GMT +8 ABD KHARIM IDRIS

Kira oklah..kalau ada komitmen member-member lama dah tentu blog ni tambah meriah lagi .Semoga Allah merahmati segala usaha yang baik ni.Saya PMC 8789

Saturday, October 24, 2009

Suasana Di Depan Pintu Masjidil Haram

Beginilah suasana selepas sembahyang di Masjidilharam. Waktu ni masih tak ramai jemaah di Mekah. Jemaah Malaysia yang tiba masih berada di Madinah.

Sunday, October 18, 2009

Friday, October 16, 2009

Mekah Masih Lengang

Suasana Hariraya masih terasa di sini. Rabu lepas, pihak Konsulat Malaysia Jeddah telah mengadakan jamuan hariraya di perkarangan Konsulat Malaysia Jeddah. Hampir 200 orang yang hadir, maklumlah kebanyakan mereka tidak pulang ke tanahair untuk berhariraya.
Manakala kedatangan musim haji pula hampir tiba. 20hb Oct ini penerbangan pertama membawa jemaah haji akan berangkat ke tanah suci. Dan pada 26 Oct, sahabat kita Nazeli dan isteri akan berangkat ketanah suci bagi mengerjakan haji. Selamat datang kepada Nazeli dan isteri. Semoga mendapat Haji yang mabrur. Mungkin juga ada dikalangan sahabat-sahabat M3P yang lain akan turut mengerjakan haji pada tahun ini.
Kepada Nazeli dan isteri, insyallah kita akan bertemu di tanah suci. Buat masa ini, keadaan di Mekah masih lagi lengang. Di bawah ini, gambar jalan diMekah. Apabila musim haji, jalan ini adalah yang paling sibuk sekali.
Inilah akibatnya kalau letak kereta merata-rata. Tak mainlah saman-saman. Tarik terus jer.... kena SR50.....






Wednesday, September 30, 2009

Salam Dari Suaree

11 | Monday 28th of September 2009, 11:43 am, GMT +8 | mohd suaree hashibullah
Salam pertemuan buat rakan mppp 87/89. Buat dolah ketua unit F masih ingat aku tak? man Penang ke mana menghilang? dah tukar nombor ke?
Salam pertemuan buat semua.
From suaree
contact no:013-2673565


Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA


KAD INI DITUJUKAN KHAS BUAT SEMUA WARGA M3P. SEMOGA BERGEMBIRA DISAMPING KELUARGA DI HARI RAYA INI.
AMPUN MAAF DZAHIR DAN BATIN KUPOHON BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN.


SALAM KASIH DARI : NOR AZMAN (87/89) & MONA (88/90)
Kami sekeluarga akan berhari raya di Taiping, Perak. (019-263 2519)

Tuesday, September 15, 2009

Allah Yang Maha Esa

Does Allah exist ? Yes Iam proud to say he does . And he is everyone's God .. This video is for the non believers and for those who just make fun of islam and keep denying it ... !!

Thursday, September 3, 2009

Renungan Bersama

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU


" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."


Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Tuesday, September 1, 2009

Mimpi Seorang Gadis

Tazkhirah Ramadhan

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. 'Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?” Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya 'Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.' Balas gadis tadi 'Jika tidak jadi keberatan ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.'

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. 'Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.' Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. 'Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.

Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? 'Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja’.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. 'Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. 'Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. '

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.' Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, 'Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.

'WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA'